Saturday, 2 November 2013
kenangan manis...kursus Jurulatih Muda Kawad Kaki Siri 1 di Jelebu,Negeri Sembilan...
sebanyak 3 skola yg terlibat...( SBPI SABAK, SAM BESTARI DAN SAM MUHAMMADIAH )
best...
rindu korang sumer..
taon dpan kalo ade lgi lgi,
jom kite join..
bdak sambest baek2 la..
akak2 & abang2 kat situ sumer baek2 as
kak rafiqah,kak farlina,abng rusdi,abng ikram,abang saiful....
thankz...
Friday, 1 November 2013
Ciri-ciri tudung dan pakaian membawa ke Syurga
-Menutup semua anggota badan yang diwajibkan oleh syara’ kecuali muka dan dua tapak tangan.
-Menutup aurat dengan IKHLAS KEPADA ALLAH SWT, tidak terselit sedikit pun dihati untuk berhias atau bermegah-megah.
-Tidak nipis dan tidak terlampau lembut sehingga menampakkan bentuk badan.
-Lebar dan tidak mendatangkan keghairahan nafsu.
-Tidak memakai wangian sehingga membawa fitnah.
-Pakaian wanita tidak menyerupai pakaian lelaki dan pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian perempuan.
-Pakaian orang-orang mukmin tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir.
-Tidak memakai pakaian bermegah-megah supaya Allah SWT dapat memberi pakaian yang terbaik di Akhirat kelak
Rahsia Fasha Sandha Turun 20 Kg Selepas Bersalin
KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER 2013: Dengan hanya mengamalkan makanan seperti sayur-sayuran, taufu, ayam dan ikan sebagai hidangan hariannya, berat badan pelakon popular Fasha Sandha kini kembali ke tahap ideal selepas melahirkan bayi sulungnya, Putra Rayfal Jun lalu. Bukan itu sahaja, pelakon kontroversi itu juga mengamalkan pengambilan 8 gelas air setiap hari selain pengambilan makanan kurang berkarbohidrat dan mengamalkan pengambilan epal hijau setiap kali terasa lapar.Namun apa yang pasti, diet sihatnya itu menjadi lebih aktif selepas mendapatkan rawatan pelangsingan berat badan yang selesa lagi tidak menyakitkan daripada Slim World selama empat bulan sejak Jun lalu.
Daripada berat badan asalnya mencecah 78 kilogram, kini dia boleh berbangga dengan 58 kilogram selepas menjalani beberapa rawatan pelangsingan yang disediakan Slim World dari masa ke semasa.
“Saya kehilangan 20 kilogram dalam masa 4 bulan iaitu daripada 78 kilogram kepada 58 kilogram.
“Semuanya selepas saya menjalani beberapa rawatan intensif seperti Bio iST yang memerlukan masa selama dua jam setiap kali rawatan.
“Saya juga akan memastikan untuk minum 8 gelas air sehari dan mengambil ayam, sup taufu dan sayur-sayuran sebagai makanan malam saya.
“Malah saya juga akan cuba untuk tidak mengambil makanan dan air selepas jam 9 malam,” katanya berkongsi petua untuk tampak langsing selepas bersalin.
Fasha Sandha telah dipilih sebagai duta baru Slim World selepas didekati jenama kecantikan badan berkenaan ketika dia hamil tiga bulan.
Majlis pengumuman Fasha sebagai duta Slim World telah diadakan petang semalam yang turut disaksikan pihak media dan wakil daripada jenama berkenaan.
Tambah pelakon itu lagi, selain rawatan Bio iST dia turut mendapatkan rawatan DTM, HotMask, Aroma Steam Bath & Lymphatic Drainage dan Micro Massage.
Kata Fasha, selain pengambilan makanan sihat, rawatan pelangsingan yang dijalankan di Slim World ternyata telah memberi kelebihan untuknya menyarungkan pakaian kegemarannya meskipun selepas empat bulan melahirkan bayi.
Tambahnya, sejak diberi peluang merasai semua rawatan pelangsingan di pusat kecantikan berkenaan, dia mula percaya bahawa semuanya pasti, apatah lagi rawatan yang disediakan disitu langsung tidak menyakitkan.
“Bagi saya, rawatan pelangsing akan memberi kesan kepada seseorang sekiranya ada disiplin yang kuat dalam pemilihan nutrisi makan, makan dengan bijak dan pilihan makanan yang betul.
“Mendapatkan rawatan secara berterusan dan tidak ketinggalan senaman ringan akan dapat membantu penaikan berat badan serta mengekalkan bentul badan diingini,” katanya.
Selain Fasha Sandha, artis lain yang bergelar duta Slim World iaitu Ziana Zain, Erra Fazira dan Azizah Ariffin.

Tuesday, 15 October 2013
Jangan membuka aib orang – Elakkan daripada membuka keaiban saudara sendiri dan orang lain kerana ia merupakan sifat tercela dan boleh menyebabkan persengketaan. Kadang-kadang perasaan marah/hasad dengki/dendam menyebabkan seseorang membuka aib seseorang yang tidak disukainya. Adalah sebaiknya kita mengawal emosi dan kemarahan yang ada dalam diri kita.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya dari kesusahan-kesusahan akhirat,
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam).” [1425]
Antara Faktor yang mendorong seseorang membuka aib:
- Dendam
- Marah
- Tidak puas hati
- Iri hati/Dengki
- Bergaul dengan orang yang suka mengumpat(ghibah)
- Menganggap diri lebih baik
- Tidak menghormati orang lain
- Cuba/Sentiasa mencari kesalahan orang lain
PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI,
yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin
radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan
kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli
Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama
pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000
ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan
diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi
berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa,
Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah
menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut
kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah
meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2
lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana
bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk
penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19
orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut
dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat
yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah,
anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih
dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni
dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan
mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau
dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu
dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga
beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal
Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat
melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang
Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh
Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat
Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera
walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia
syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
Hari Kemuncak Koko, Penutupan Bulan Kemerdekaan & Guru Penyayang SAMMPS 2013
Pada 25/9/2013, telah berlangsung Hari Kemuncak Kokurikulum, Penutupan
Bulan Kemerdekaan dan Guru Penyayang bagi tahun 2013. Pada hari itu,
para guru dan pelajar yang aktif di dalam bidang kokurikulum diberikan
penghargaan sepanjang penglibatan pada tahun ini. Ini antara
gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.
PK Koko memberi ucapan
Pelajar-pelajar lelaki
Guru-guru lelaki
Pengetua bersama guru-guru
Banner
Ustaz Abdul Ghani
Pengacara majlis
Ucapan perasmian
Ustaz Wan Fakharudin
Pengacara majlis ke2
Sedapnya kek
Tahniah
Apa yang digelakkan itu?
Cikgu Ilham
Kamilah Juara
Betul ke kat sijil ni nama kamu?
Naib Johan Negeri Futsal 1Murid 1Sukan
Tokoh Sukan Lelaki
Tokoh Sukan Perempuan
Tokoh Amal Islami Lelaki
Tokoh Amal Islami Perempuan
Tokoh Unit Beruniform Lelaki
Tokoh Unit Beruniform Perempuan
Tokoh Kokurikulum Lelaki
Tokoh Kokurikulum Perempuan
Happy Birthday
Tahniah kepada semua yang berjaya. Diharapkan Unit Kokurikulum SAMMPS akan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan.
Subscribe to:
Posts (Atom)