Tuesday, 15 October 2013


images
Jangan membuka aib orang – Elakkan daripada membuka keaiban saudara sendiri dan orang lain kerana ia merupakan sifat tercela dan boleh menyebabkan persengketaan. Kadang-kadang perasaan marah/hasad dengki/dendam menyebabkan seseorang membuka aib seseorang yang tidak disukainya. Adalah sebaiknya kita mengawal emosi dan kemarahan yang ada dalam diri kita.

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia, maka Allah akan melepaskan kesusahannya dari kesusahan-kesusahan akhirat,
Dan barangsiapa yang menutupi (aib) orang Muslim, maka Allah akan menutupi (aib)nya di dunia dan di akhirat. Allah selalu menolong hamba-Nya selama hamba tersebut mahu menolong saudaranya (sesama Islam).” [1425]
Antara Faktor yang mendorong seseorang membuka aib:
  • Dendam
  • Marah
  • Tidak puas hati
  • Iri hati/Dengki
  • Bergaul dengan orang yang suka mengumpat(ghibah)
  • Menganggap diri lebih baik
  • Tidak menghormati orang lain
  • Cuba/Sentiasa mencari kesalahan orang lain

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA

Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..

#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA

Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”
-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

Antara 7 Petala Bumi
dan
7 Petala Langit,,
terletaknya 7 PETALA CINTA~

Hari Kemuncak Koko, Penutupan Bulan Kemerdekaan & Guru Penyayang SAMMPS 2013

Pada 25/9/2013, telah berlangsung Hari Kemuncak Kokurikulum, Penutupan Bulan Kemerdekaan dan Guru Penyayang bagi tahun 2013. Pada hari itu, para guru dan pelajar yang aktif di dalam bidang kokurikulum diberikan penghargaan sepanjang penglibatan pada tahun ini. Ini antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa majlis berlangsung.
PK Koko memberi ucapan

Pelajar-pelajar lelaki

Guru-guru lelaki

 Pengetua bersama guru-guru

 Banner

 Ustaz Abdul Ghani

 Pengacara majlis

Ucapan perasmian


 Ustaz Wan Fakharudin


 Pengacara majlis ke2


 Sedapnya kek


 Tahniah


 Apa yang digelakkan itu?


 Cikgu Ilham


 Kamilah Juara


 Betul ke kat sijil ni nama kamu?


 Naib Johan Negeri Futsal 1Murid 1Sukan

 Tokoh Sukan Lelaki


 Tokoh Sukan Perempuan


 Tokoh Amal Islami Lelaki


 Tokoh Amal Islami Perempuan


 Tokoh Unit Beruniform Lelaki


 Tokoh Unit Beruniform Perempuan


 Tokoh Kokurikulum Lelaki


 Tokoh Kokurikulum Perempuan


Happy Birthday

Tahniah kepada semua yang berjaya. Diharapkan Unit Kokurikulum SAMMPS akan lebih cemerlang lagi pada masa hadapan. 

Monday, 14 October 2013

  Asrama SAM Muhammadiah pekan sabak


Dewan makan asrama
Dewan makan asrama

bacaan tahlil yang diimamkan oleh Ustaz Nurizat bin Kamal
bacaan tahlil yang diimamkan oleh Ustaz Nurizat bin Kamal

Guru-guru lelaki
Guru-guru lelaki

Pelajar lelaki
Pelajar lelaki

Guru dan pelajar perempuan
Guru dan pelajar perempuan

Mengedarkan kurma dan air mineral (saudara Farhan Hamid)
Mengedarkan kurma dan air mineral (saudara Farhan Hamid)

Waktu berbuka puasa
Suasana Waktu berbuka puasa

Kehabisan kurma dan air "boleh minta lagi" (saudara Faizal Abd Sani)
Kehabisan kurma dan air
“boleh minta lagi”
(saudara Faizal Abd Sani)

Sedapnya kurma...(pelajar tingkatan 2)
Sedapnya kurma…(pelajar tingkatan 2)

Berbuka puasa di dewan makan
Berbuka puasa di dewan makan

"hati-hati makan satay..."
“hati-hati makan satay…”

pelajar tingkatan 5
pelajar tingkatan 5

"siapa nak baca doa ni"?
“siapa nak baca doa ni”?

Puan Khalijah Yusof (Penyelia Asrama)
Puan Khalijah Yusof (Penyelia Asrama)

Ustaz Sallehudin sekeluarga
Ustaz Sallehudin sekeluarga

Cikgu Suhaimi Bushra sekeluarga
Cikgu Suhaimi Bushra sekeluarga

"Ada satay lebih tak ustazah" (Azmeer Zamberi)
“Ada satay lebih tak ustazah” (Azmeer Zamberi)

"aduh...mana satu nak makan dulu ni (Cikgu Hairi)
“aduii…mana satu nak makan dulu ni (Cikgu Hairi)

"sedap tak terkata"(Ustazah Bibi Melor)
“sedap tak terkata”(Ustazah Bibi Melor)

Alhamdulillah....Habis juga berpuasa di asrama
Alhamdulillah….Habis juga berpuasa di asrama