PERISTIWA SYRIA
Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun.Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI,
yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin
radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan
kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ) Ahli
Sunnah Waljamaah.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni.
Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
BERMULA ZAMAN AYAHNYA
Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama
pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000
ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan
diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi
berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa,
Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah
menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut
kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah
meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2
lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana
bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan
mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk
penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19
orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut
dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat
yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah,
anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih
dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni
dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan
mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya.
Tetapi beliau melawan. Lantas beliau
dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu
dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga
beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..
84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar,
6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar..
Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal
Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat
melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang
Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI…
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh
Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat
Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera
walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia
syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia
syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid”-hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
No comments:
Post a Comment