Kira-kira jam 8.45 malam tadi, mengikut waktu tempatan di Vietnam, saya
terlihat penumpang pesawat AK 1455, warga Malaysia dihampiri oleh
kakitangan lelaki Air Asia.
Setelah beberapa minit berlalu, perlahan saya kemudian mendekati kumpulan penumpang itu dan mengajukan soalan.
“Ada masalah apa puan?”
“Kakitangan Air Asia ini berkata, anak saya dilarang menaiki pesawat
kerana dia demam campak. Kami sekeluarga, dua belas orang, datang ke Ho
Chi Minh pada hari Rabu lalu. Kami memang ada membawa bekalan ubat
demam, jadi bagi kepada dia kalau dia demam. Dia sudah tidak demam
lagi,” ujar ibu bayi, Izan Suhaila Mohd Ali, 36 tahun.
“The mother and the baby had to stay here for five days. They cannot
board the aircraft,” arah kakitangan Vietnam Air Asia berdiri di sebelah
saya.
Mereka bimbang sekiranya deman terbabit menjangkiti penumpang lain.
Menurut ahli keluarga Izan, semua beg pakaian mereka telah dimasukkan ke
dalam pesawat. Setelah bercuti selama empat hari, kandungan beg
bercampur aduk dan barangan keperluan asas Izan dan anaknya, Maryam
sukar dipisahkan.
Bayi, Maryam Sofea Mohd Reza, berusia 14 bulan.
Lalu saya terangkan keadaan sebenar kepada kakitangan syarikat penerbangan tambang murah itu.
“So, all twelve had to stay then ,” balasnya.
“I understand the situation, law is a law but don’t forget, these are
human beings not dogs or cats. If she were going to stay here for
another five days, she and the baby need cloth to wear. Please refer
this matter to your superior again before making further decision,”
balas saya.
Tidak lama kemudian, muncul seorang penumpang memperkenalkan dirinya
sebagai pegawai perubatan ( medical doctor ) datang menghampiri dan
menyentuh tubuh Maryam.
“Dia kena chicken pox tetapi sudah tidak demam lagi. Hanya tinggal kesan tompokan hitam sahaja di tubuh,” ujar doktor terbabit.
Beberapa minit kemudian tampil pula jururawat wanita tempatan dan pantas
menyelitkan jangka suhu di bawah ketiak bayi itu sebanyak dua kali.
“Apabila kita bertanya, berapakah suhu badan Maryam, dia membisu,” ujar kakak Izan, Norhamiza.
Saya perhatikan, airmata jernih mula bergenang di bawah dua kelopak mata
Izan sambil dia terus mendakap erat anaknya mengalami sindrom down.
Barangkali dia bak tidak mampu mempercayai cabaran didepaninya tatkala
itu amat getir. Tambahan pula suami tersayang tidak bersamanya untuk
mengharung detik hitam tidak mungkin dapat dilupakan sepanjang hayatnya
itu.
Keputusan muktamat telah dibuat oleh kakitangan Air Asia berpenampilan bongkak biarpun tidak dipersetujui ramai penumpang lain.
“The captain doesn’t allow this baby on board,” ujar pegawai sama kepada kami.
Warga Malaysia berkunjung ke bandaraya Ho Chi Minh untuk membeli-belah.
Lazimnya, ramai tidak membawa baki wang tunai tatkala pulang ke
Malaysia.
Di saat perpisahan hampir menjenguk, Izan dipeluk erat oleh ahli
keluarganya. Mereka juga tidak berupaya menahan deraian airmata tumpah
di pipi.
“Ibu ini diarahkan untuk tinggal bersama anaknya selama lima
hari lagi di sini. Barangkali dia tidak mempunyai wang tunai mencukupi.
Kalau hati terbuka untuk menghulurkan bantuan, dipersilakan,” kata saya
spontan kepada semua penumpang sedang beratur untuk menaiki pesawat.
Tidak semena-mena, warga Malaysia pelbagai bangsa, Melayu, Cina dan
India, tergesa-gesa mengeluarkan matawang pelbagai jenis dari poket
serta beg duit mereka dan pantas menghulurkan kepada Izan.
Hebat sungguh warga Malaysia. Memori sebegitu bakal terus terpahat di minda saya, selagi hayat dikandung badan.
Saya berasa amat kagum.
Biarpun mereka tidak mengenali Izan dan keluarga, fakta itu diketepikan.
Saya melihat lelaki Cina bertubuh tinggi menyeluk saku lalu
menghulurkan sejumlah wang kepada Izan, berdiri di elevator.
Kakitangan Air Asia bertugas bak tidak sabar untuk membawa Izan, Maryam dan dua anak buahnya keluar daripada kawasan itu.
Saya berasa amat terharu menyaksikan detik memilukan itu tetapi gagal untuk tidak mengizinkan kejadian itu berlaku.
Untuk rekod, beberapa petugas, lelaki dan perempuan kelihatan berdiri di
kaunter Air Asia. Gambar mereka saya rakamkan. Siapapun sekali mereka,
kumpulan itu dilihat mewakili syarikat penerbangan terbabit.
Andai kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, Tan Sri Tony
Fernandes tiba-tiba berkebetulan muncul di lokasi itu, pasti saya tidak
segan untuk merayu …
“Tan Sri, tolong hulurkanlah sedikit bantuan. Mungkin kakitangan Air
Asia boleh mencarikan hotel untuk mereka menginap kerana Vietnam, negara
asing bagi mereka. Lagipun kini hampir jam 10 malam. Pengguna
perkhidmatan syarikat Tan Sri itu juga BUKAN orang kaya dan ternama
seperti Tan Sri. Apapun, hakikatnya, Izan dan anaknya adalah pelanggan
Air Asia dan mereka telah membayar tambang untuk pulang. Jika penumpang
tidak mengenali mereka, sudi membantu, inikan pula Tan Sri, individu
tersohor di mata rakyat Malaysia”
Malangnya saya tidak berpeluang bersemuka dan meluahkan rayuan itu kepada Tony tatkala beliau diperlukan.
Saya bukan Richard Branson and I don’t wear skirt.
Lupakan Tony tetapi saya berharap selepas membaca entri ini, beliau dan
kakitangan Air Asia akan mengambil tindakan segera menangani
kesengaraaan bakal ditempuh penumpang malang pesawat Air Asia terbabit.
Tony, just like what I have told your staff in Vietnam, Izan dan Maryam are humans.
Sekitar jam 9.30 malam, kami semua hanya mampu menjadi penonton ketika
ibu dan anak itu diarahkan keluar dari pintu 18, lapangan terbang.
Pesawat AK 1455 terbang pada kira-kira jam 10 malam waktu Vietnam,
terlewat kira-kira sejam berbanding masa sebenar. Lebih MENAKJUBKAN,
tiada sebarang permohonan maaf diumumkan kepada penumpang berikutan
kelewatan berlaku.
Sebaik menaiki pesawat, saya menceritakan butiran kejadian kepada ketua
pramugari, Kasturi, sedang berdiri berhampiran pintu utama pesawat.
Melihat reaksi wajahnya gadis berpakaian serba merah itu, saya dapat
menjangkakan kes itu terlalu asing bagi dirinya.
“Tolong maklumkan kepada kapten dan ground staff Air Asia di LCCT supaya Izan dapat dibantu,” pinta saya.
Setelah menjamah nasi lemak tidak berapa enak dipesan, saya sekali lagi kembali menghampiri Kasturi.
“Saya dimaklumkan, ibu dan anak itu telah dibawa ke hospital oleh ground staff kita,” kata gadis tinggi lampai itu.
“Adakah kapten mengetahui kejadian itu? Kerana ground staff tadi
memaklumkan saya dan keluarga Izan, kapten tidak membenarkan Mariam
menaiki pesawat,” soal saya.
“Kapten hanya tahu sebentar tadi setelah saya maklumkan,” akui Kasturi.
Kapten bertugas, Ariffin Bakar.
Sebenarnya, tiada individu bijak gemar bertindak melanggar
undang-undang. Jika kehadiran Maryam di dalam pesawat ternyata
membahayakan nyawa semua penumpang, molek jika bayi itu dirawat dengan
kadar segera di hospital di Ho Chi Minh terlebih dahulu.
Sewaktu tiba di LCCT, saya mendapatkan berita terkini melalui Norhamiza
dan ahli keluarga lain termasuk ibunya, Zaiton Baharom, 71 tahun.
“Memang kami terekjut,” komen Zaiton terkilan.
“Tadi sewaktu saya hubungi melalui telefon, Izan berkata, kakitangan Air
Asia itu menghantar mereka sampai ke stesyen teksi dan berkata, I am
sorry. Izan kemudian terpaksa pergi membelikan baju Mariam dan dua
pasang baju dia sendiri kemudian pergi balik ke May Flower Hotel, tempat
kami menginap sebelum ini. Bayarannya, USD60 semalam. Hujung minggu,
banyak hotel penuh dan terpaksa tinggal di situ. Ini trip pertama Izan
ke Vietnam,” tambah Norhamiza.
“Jadi tidak benarlah kenyataan mereka kononnya Maryam telah dihantar ke
hospital oleh kakitangan Air Asia bertugas di lapangan terbang?,” tanya
saya kepada ahli perniagaan itu.
“Tidak,” balasnya ringkas.
“Apakah pesanan puan kepada Air Asia?,” soal saya.
“Periksa secara teliti terlebih dahulu sebelum membuat
keputusan. Jika Maryam membawa penyakit, sudah pasti kami antara
individu paling awal dijangkiti kerana kami bercampur-gaul dengan dia.
Saya sendiri tidur sebilik dengan Maryam,” luah Norhamiza, kecewa.
Apakah bakal berlaku kepada Izan dan Maryam? Adakah mereka mempunyai
wang mencukupi untuk Maryam melakukan pemeriksaan darah di hospital di
Vietnam? Wajarkah Air Asia lepas tangan dalam kes ini
No comments:
Post a Comment