Share on facebookShare on twitterShare on linkedinShare on google_plusone_shareShare on emailMore Sharing Services3
Mampukah Shila Amzah Nyanyi Lagu Nirmala?
KUALA LUMPUR, 11 OKT 2013: Semalam telah berlangsungnya showcase pertama buat penyanyi yang kini berstatus antarabangsa, Shila Amzah, di Penthouse, The Icon yang terletak di Jalan Tun Razak, ibu negara.Penampilannya kali ini bukan sahaja disokong dengan kehadiran peminatnya malah selebriti terkenal negara juga turun padang untuk memberi sokongan kepada Shila.
Wakil Murai sempat merakamkan detik kala Shila sedangmemberi ucapan penghargaan kepada Dato’ Siti Nurhaliza atas kehadiran keshowcase anak kepada ND Lala itu.
Disebabkan itu para peminat telah meminta Shila menyanyikan salah satu lagu hits daripada seniornya itu. Siti telah meminta Shila mendendangkan lagu Nirmala setelah peminat memilih Cindai pada awalnya dan Shila membuktikan kebolehannya dengan penyampaian yang bagus dan turut dipuji penyanyi nombor 1 negara itu.
Dato’ Siti NUrhaliza yang ditemani suami, Datuk Seri KhalidMuhd Jiwa diantara nama-nama besar industri yang hadir memberi sokongan kepada bakal bintang ternama yang juga merupakan juara Asian Wave 2013 itu selain Zahiril Adzim, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Nazim Othman dan beberapa lagi yang kelihatan pada showcase yang berlangsung sekitar 90 minit itu.
Kehadiran peminat sudah tentunya memenuhi segenap ruang tingkat paling atas The Icon yang telah bergema dengan dendangan hits daripada Shila iaitu Patah Seribu yang didendangkan dalam dwi bahasa.
Lagu-lagu hits daripada album pertama Shila Amzah turut didendagkan seperti Maaf, Sedar, Cinta Hati selain pilihan lagu kegemaran Shila antaranya daripada Adele iaitu Set Fire To The Rain, Rolling in The Deep dan Rumors Has It.
Tidak ketinggalan lagu hits Kelly Clarkson, A Moment Like This yang telah dialih bahasa ke Mandarin dipersembahkan Shila yang juga dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan semula lagu tersebut sebagai lagu tema Chinese Idol yang telah berlangsung disana.
No comments:
Post a Comment